| | | |

“Kami Ada Maruah!” – Cik Epal Lancar Pizza Mendonia, Sasar Tandingi Pizza Wagyu Jofliam

Sumber : Lobak merah

Pertarungan antara influencer Cik Epal dan bekas suaminya yang juga chef piza, Jofliam, nampaknya semakin panas! Terbaru, Cik Epal mengumumkan pelancaran bisnes piza baru, “Pizza Mendonia,” yang didakwa mampu menandingi perniagaan Pizza Wagyu milik bekas suaminya itu.

Menurut Cik Epal, tujuan utama Pizza Mendonia adalah untuk membantu bekas staf Jofliam yang kini hilang pekerjaan dan juga sebagai saingan terus kepada bisnes Pizza Wagyu. Yang menarik, Cik Epal menyatakan bisnesnya akan lebih telus dengan menerima pembayaran melalui QR, memastikan operasi perniagaan berjalan secara “proper.”

“Kami berani sebab benar, dan paling penting, kami ada maruah! Pizza Mendonia ini bukan macam yang lain; semua bayaran ikut peraturan, termasuk QR. Jangan risau!” kata Cik Epal dengan penuh keyakinan.

Tambahnya lagi, beliau juga sedang dalam perancangan untuk menjadi duta kepada syarikat tekstil terkenal, Jakel. Kerjasama ini dijangka membawa imej baru kepada perniagaannya.

Sebelum ini, Cik Epal pernah mendakwa Jofliam hanya menerima bayaran tunai untuk Pizza Wagyu dan mempersoalkan kejujuran urusan perniagaan bekas suaminya itu, bahkan meminta LHDN menyiasatnya!


Similar Posts