“Bini Aku Percaya Kau, Tapi Kau Balas Dengan Mencuri Duit Jualan” – Aaron Aziz
Sumber : Oh Bulan
Pelakon terkenal Datuk Aaron Aziz meluahkan rasa marah apabila seorang wanita tergamak mencuri puluhan ribu ringgit hasil jualan daripada isterinya, Datin Diyana Halik.
Dalam satu hantaran di Instagram, Aaron berkongsi kekecewaannya terhadap tindakan wanita tersebut yang telah mengkhianati kepercayaan isterinya.
“Bini aku bagi kau peluang untuk cari rezeki untuk keluarga kau. Dia percaya kau. Tapi kau balas budi dia dengan mencuri duit hasil jualan selama ini.”
Aaron turut menambah bahawa individu tersebut telah menyalahgunakan kepercayaan isterinya tanpa pengetahuan.
“Rupanya kau telan duit halal dia dengan cara haram! Aku saksi penat lelah dia bekerja. Kau memang tak tahu bersyukur, pengkhianat!” tulisnya.