· ·

Watie backup Shuib!- Difitnah Guna Duit Perkeso Untuk Umrah – ‘Dia Bertahun Tak Ambil Gaji’

Sumber : Oh Bulan

Pelawak dan usahawan terkenal Shuib sekali lagi menjadi buah mulut netizen apabila dikaitkan dengan tuduhan menggunakan duit PERKESO pekerja untuk menunaikan umrah. Ini susulan tindakan mahkamah yang mendenda syarikatnya sebanyak RM17,500 atas kegagalan membayar caruman PERKESO.

Luahan Watie
Dalam satu hantaran di Instagram Story, isteri Shuib, Watie atau nama penuhnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanafiah, tampil mempertahankan suaminya daripada tuduhan tersebut.

Menurut Watie, Shuib sebenarnya telah banyak berkorban dengan menggunakan wang sendiri untuk membayar gaji pekerja dan tidak mengambil gaji dalam jangka masa yang panjang.

“Dia bertahun tak ambil gaji. Setiap bulan top up duit poket sendiri lagi untuk bayar gaji staf,” katanya.

Isu Pengurusan Lama
Watie juga menjelaskan bahawa masalah tunggakan caruman ini berpunca dari pengurusan lama yang bermasalah. Akibatnya, Shuib pula yang terpaksa menanggung segala tuduhan.

“Pengurusan lama yang bermasalah, tapi hujung-hujung dia yang difitnah begini. Semoga suamiku diberi ketabahan, insyaAllah dia tahu halal dan haram,” tambahnya lagi, meluahkan rasa kecewa.

Shuib Dituduh Salahguna Dana PERKESO
Terdahulu, Shuib turut melahirkan kekesalannya apabila seorang netizen menuduhnya menyalahgunakan duit PERKESO pekerja untuk kegunaan peribadi termasuk ibadah umrah. Tuduhan ini muncul selepas berita mengenai tindakan mahkamah terhadap syarikat Shuib yang didakwa atas tujuh pertuduhan termasuk tunggakan caruman PERKESO tahun lalu.