| | | |

Tindakan Influencer ‘Make Up’ Sebelum Bersalin Curi Perhatian

Sumber : The Rakyat Post

SHAH ALAM: Siapa sangka, seorang influencer terkenal yang sedang menunggu untuk melahirkan anak, sempat menyolek diri di atas katil hospital. Dalam video yang tular di TikTok, Adira Salahudi dilihat sedang menyapu bedak dan bersolek, walaupun sedang mengalami kontraksi sebelum bersalin.

Bagi kebanyakan ibu yang telah melalui pengalaman bersalin, saat-saat kontraksi memang sangat menyakitkan, dan tiada masa untuk fikirkan diri sendiri, apatah lagi soal penampilan. Namun, berbeza dengan Adira, wanita yang kini sedang menunggu anak ketiganya ini sempat ‘make up’ terlebih dahulu.

Video tersebut dirakam oleh suaminya, Ammar Aziz, dan turut dimuat naik di TikTok dengan kapsyen “POV: Mak-mak 2024 make up dulu sebelum beranak.” Tidak lama selepas itu, video tersebut tular dan mendapat lebih 720,000 tontonan di media sosial.

Tindakan Adira ini mengundang pelbagai reaksi warganet. Ada yang memuji semangatnya untuk tetap cantik walaupun sedang menghadapi saat-saat getir melahirkan, tetapi ramai juga yang mempersoalkan tindakan tersebut kerana dikhuatiri boleh mengganggu pemeriksaan kesihatan doktor. Walaupun tiada larangan jelas tentang bersolek sebelum bersalin, ada garis panduan yang menyarankan agar wanita tidak memakai mekap semasa pembedahan, bagi memudahkan doktor memeriksa keadaan kulit dan kesihatan mereka.

Similar Posts