| | | |

“Henti sebar fitnah” – Didakwa Tak Bayar Gaji Pekerja, AC Mizal Mahu Saman Pemfitnah

Sumber : Lobak Merah

Baru-baru ini, tular dakwaan di media sosial yang mengatakan sebuah stesen televisyen milik pengacara terkenal, Dato’ AC Mizal, gagal membayar gaji pekerja selama tiga bulan dan mempunyai tunggakan caruman PERKESO.

“Tidak benar dan fitnah semata-mata”

AC Mizal tampil memberi penjelasan di Instagram rasmi Suke TV untuk menyangkal dakwaan tersebut. Menurut AC, dia tidak perlu memberi penjelasan, tetapi disebabkan ramai yang bertanya, dia terpaksa tampil untuk mengelakkan kekeliruan.

“Cerita yang tersebar mengenai SUKETV yang dikatakan tidak bayar gaji tiga bulan adalah tidak benar dan hanyalah fitnah,” jelasnya.

AC berkata dia telah mengarahkan peguam dan pihak SUKETV untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu-individu yang terlibat dalam penyebaran fitnah ini.

“Biarlah Mahkamah yang tentukan siapa yang benar,” tambahnya.

Kenyataan disebarkan bekas staf yang diberhentikan

Tambah AC, dakwaan tersebut datangnya daripada beberapa bekas staf yang telah diberhentikan disebabkan pelanggaran syarat perkhidmatan. Walaupun mempunyai bukti yang kukuh, AC memilih untuk tidak mendedahkannya kepada umum.

Dia juga mengingatkan semua pihak untuk berhenti menyebarkan fitnah dan bersikap lebih tenang dalam menangani isu ini.

“Pihak SUKETV terbuka untuk berbincang secara baik jika ada masalah. Jangan gunakan media sosial untuk kepentingan peribadi,” katanya lagi.

Similar Posts