| | | |

“Saya Dah Penat Main Permainan Bodoh” – Bekas Adik Ipar Tuntut RM5 Juta Dari Iqbal Zulkefli

Sumber : Oh Bulan

Berani Bersuara Kerana Penat Difitnah
Bekas adik ipar Iqbal Zulkefli, Ayunie, akhirnya tampil bersuara selepas didakwa menjadi mangsa fitnah dan tohmahan yang memalukan dirinya. Tidak hanya menjejaskan reputasi, Ayunie turut mendakwa perniagaannya terkesan akibat tuduhan tersebut.

“Saya dah tak tahan dengan permainan bodoh ini. Selama ini saya sabar ikut undang-undang seperti yang dia (Iqbal) kata, tapi semua tuduhan palsu ini mencemarkan maruah saya. Kali ini, dia perlu jawab di mahkamah. Kalau betul dia benar, sila hadir.”

Menurut Ayunie, dia yakin berada di pihak yang benar dan mendakwa belum mendedahkan bukti untuk menyokong dakwaannya.

Iqbal Katanya Nak Saman, Tapi Mana Suratnya?
Ayunie juga mendakwa bahawa Iqbal pernah mengumumkan niat untuk menyamannya. Namun, hingga kini, tiada sebarang tindakan undang-undang diterima.

“Dia kata dah lantik peguam dan nak saman saya, tapi sampai sekarang tak ada apa-apa. Bila saya hantar peguam untuk selesaikan isu ini, dia buat tak endah pula. Sampai peguam dia sendiri cakap tak wakili dia lagi. Apa sebenarnya yang dia cuba buktikan?”

‘Marketing’ Semata-mata?
Ayunie turut menyifatkan tindakan Iqbal sebagai agenda untuk kepentingan diri sendiri dan mungkin hanya ‘marketing’.

“Adakah semua ini sekadar strategi marketing? Seronok ke tengok orang gaduh? Sebelum ini saya dengan adiknya baik-baik saja.”

Konflik ini terus menjadi perhatian ramai, dengan pelbagai pihak menantikan keputusan mahkamah untuk merungkai siapa sebenarnya yang benar.

Similar Posts