· ·

DMA Islam Tegaskan Suami Izin Isteri Bekerja Belum ‘Alpha’, Perlu Impian Tambah Pendapatan – ‘Merdekakan Isteri Dari Kerja’

Sumber : Dma Islam

Pempengaruh TikTok kontroversi, DMA Islam, sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila mengeluarkan pandangan yang mencetuskan perdebatan hangat. Beliau menyatakan bahawa suami yang membenarkan isteri bekerja di bawah lelaki lain belum mencapai tahap lelaki ‘alpha’.

Impian Suami: Merdekakan Isteri Dari Pekerjaan

Dalam satu video TikTok, DMA Islam menyeru para suami supaya berusaha lebih keras untuk meningkatkan pendapatan demi “memerdekakan” isteri mereka daripada keperluan bekerja.

“Mana-mana suami yang suka dia punya bini itu bekerja, ada something wrong. Impian setiap suami mestilah memerdekakan dia punya isteri daripada bekerja,” kata beliau.

Walaupun begitu, DMA Islam mengakui bahawa ramai isteri bekerja kerana keadaan kewangan keluarga yang memerlukan bantuan tambahan.

“Aku faham, mungkin sekarang kau belum mampu untuk bini kau tak bekerja. Sebab gaji kau sikit, kau miskin. Tapi kau kena ada impian. Satu hari nanti aku nak tambah pendapatan supaya bini aku dah tak payah bekerja,” tambahnya.

Reaksi Netizen

Di ruangan komen, pandangan ini mendapat pelbagai reaksi. Ada yang bersetuju dengan mesej beliau mengenai tanggungjawab suami, tetapi tidak kurang juga yang mengecam kenyataan beliau sebagai tidak realistik dalam situasi ekonomi semasa.

Netizen turut menyuarakan pandangan bercampur-baur:

  • “Setuju, tapi tak semudah itu nak capai.”
  • “Kalau lelaki miskin tapi rajin usaha, boleh diterima. Tapi kalau sembang kosong, itu masalah.”
  • “Perempuan pun ada impian sendiri. Jangan anggap semua nak duduk rumah saja.”

DMA Islam, yang sering mengeluarkan kenyataan kontroversi, kali ini nampaknya berjaya membuka topik yang terus menjadi perdebatan hangat dalam kalangan rakyat Malaysia.