Malaysia, Negara Paling Senang Kena Scam Berulang! Kenapa?
Sumber : The Rakyat Post
Malaysia muncul sebagai negara yang paling mudah jadi mangsa penipuan berulang di Asia, menurut Asia Scam Report 2024. Rakyat Malaysia dicatatkan sebagai golongan yang paling mudah diperdaya, dengan penipuan berulang lebih daripada 2.5 kali. Walaupun pelbagai usaha untuk membanteras penipuan, masalah ini masih berleluasa.
Malaysia: Negara dengan Mangsa Scam Terbanyak di Asia!
Laporan dari Global Anti-Scam Alliance mendedahkan bahawa Malaysia mendahului negara lain seperti Hong Kong dan Thailand dalam penipuan berulang. Faktor utama adalah penggunaan teknologi AI yang semakin meluas oleh penjenayah, menjadikan modus operandi mereka lebih canggih dan sukar dikesan.
Masih Mudah Tertipu Walaupun Sudah Banyak Kali Kena Scam
Apa yang membimbangkan adalah ramai mangsa yang masih mudah diperdaya walaupun sudah menjadi mangsa sebelum ini. Mengikut Philip Ling dari CelcomDigi, masalah ini berpunca daripada kekurangan pengetahuan dalam membezakan penipuan yang menggunakan teknologi canggih.
Statistik Yang Membimbangkan:
Sehingga Mei 2024, Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) telah menerima lebih daripada 37,000 panggilan daripada mangsa scam, dengan kerugian mencecah RM203.33 juta. Sejak penubuhan NSRC, sebanyak 95,000 panggilan diterima berkaitan scam.
Tips Untuk Elak Menjadi Mangsa:
Untuk mengelakkan diri daripada menjadi mangsa scam, pastikan anda:
- Jangan klik pautan meragukan, terutamanya link pendek bit.ly.
- Jangan beri maklumat peribadi seperti IC, kata laluan bank kepada pihak yang tidak dikenali.
- Elakkan kongsi nombor TAC atau OTP dengan orang lain.
- Muat turun aplikasi seperti True Caller atau Whoscall untuk mengesan nombor scammer.
Jaga keselamatan data anda!