Qistina Raisah Bangga Miliki Toyota Yaris Dengan Usaha Sendiri
Sumber : IG | @qistinaraisah08
Pelakon muda berbakat, Qistina Raisah, meluahkan rasa syukur dan bangga apabila berjaya memiliki sebuah kereta Toyota Yaris menggunakan hasil pendapatan sendiri.
Kereta hasil usaha keras
Menerusi hantaran di Instagram, Qistina, atau nama penuhnya Nur Qistina Raisah Mohd Kamarolazari, berkata walaupun Toyota Yaris bukanlah sebuah kereta mewah, dia tetap bersyukur kerana mampu membayar ansuran kereta tersebut dengan hasil titik peluhnya.
“Ibu selalu cakap, jangan malu naik Exora. Saya tak pernah rasa malu pun. Itu kereta susah senang kami.”
Qistina turut berkongsi kenangan tentang ibunya yang selama 10 tahun menggunakan kereta Proton Exora manual. Menurutnya, pengalaman itu mengajarnya untuk menghargai setiap usaha kecil yang dilakukan keluarganya.
“Walaupun sekarang kereta saya bukan kereta mewah, saya bangga dan bersyukur. Pada usia 16 tahun, saya dah mampu bayar kereta saya sendiri.”
Ucapan penghargaan buat keluarga
Pelakon muda ini juga berterima kasih kepada ibu bapanya atas sokongan yang tidak pernah berbelah bahagi dalam mencapai impiannya.
“Terima kasih abah sebab mudahkan urusan qis beli kereta. Terima kasih juga ibu sebab sentiasa sokong qis.”
Kejayaan ini menjadi bukti usaha gigih Qistina Raisah dalam mengejar impian dan matlamat hidupnya meskipun usianya masih muda.