Aliff Aziz Ucap Terima Kasih Kepada Pengikut, Berjaya Pujuk Wanita Merajuk – ‘Terima Kasih, Ia Berjaya!’
Sumber : Oh Bulan
Penyanyi dari Singapura, Aliff Aziz sekali lagi mencuri perhatian netizen selepas meminta bantuan daripada pengikutnya di media sosial untuk memujuk wanita merajuk.
Cari Idea Pujuk Wanita Merajuk
Dalam satu perkongsian di Instagram (IG) Story, Aliff atau nama penuhnya Mohammad Aliff bin Aziz membuka undian bertanya pendapat pengikut wanitanya tentang cara terbaik memujuk hati yang merajuk.
“Para wanita, saya perlukan pendapat. Kalau korang merajuk, korang nak apa? Sejambak bunga, minyak wangi, atau makanan kegemaran korang?”
Hasil undian menunjukkan kebanyakan wanita memilih makanan kegemaran sebagai cara terbaik untuk memujuk.
Cara Berjaya, Aliff Berterima Kasih
Selepas mencuba cadangan yang diberikan, Aliff memaklumkan kaedah tersebut berhasil.
“Terima kasih atas cadangan. Ia berjaya! Lain kali kalau Aliff ada apa-apa, korang kongsi pendapat lagi okay!”
Kejujuran Aliff yang terbuka berkongsi masalah dan meminta nasihat daripada pengikutnya membuatkan ramai netizen tersenyum melihat usaha penyanyi ini.
Sekilas Info
Untuk makluman, Aliff Aziz pernah mendirikan rumah tangga bersama, Bella Astillah namun telah bercerai pada 12 Jun lalu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.