Netizen Berang! TikToker ‘Biadap’ Review Macam Nak jahanamkan Bisnes
Sumber : X | @ricxxxkiddo
TikTok kini menjadi tempat di mana influencer dan TikToker sering berkongsi pengalaman mereka dengan produk atau kedai-kedai menarik, terutama yang ada di tepi jalan. Namun, baru-baru ini, satu video TikToker yang dianggap ‘biadap’ telah mencuri tumpuan netizen. Dalam video tersebut, TikToker tersebut mengunjungi kedai teh masala yang terkenal di ibu kota, tetapi cara dia bertindak telah menimbulkan kemarahan ramai.
TikToker itu mula-mula menawarkan RM100 kepada pemilik kedai untuk membuat 100 cawan teh masala. Tapi, apa yang mengejutkan adalah, sepanjang video tersebut, dia seakan-akan mempersoalkan hampir segala-galanya tentang perniagaan itu. Bermula dari saiz cawan, cara penyediaan teh, hingga soal perkauman, semua ditanya dengan nada yang tidak enak.
Yang lebih mengejutkan, TikToker tersebut juga mengkritik pemilik kedai dengan menuduh mereka mahu mengelak cukai pendapatan hanya kerana berjaya meraih pendapatan tinggi RM100,000 sebulan. Dia malah menyoal asal-usul pekerja dan pemiliknya, meragui mereka berasal dari Malaysia, dan mendakwa mereka mungkin dari Bangladesh.
“Lesen ada sini? Tak payah lesen punyalah sini. Tepi jalan kena lesen meh?” tanya TikToker itu dengan nada sinis.
Pada masa yang sama, dia terus menyimpulkan bahawa pemilik perniagaan ini boleh meraih pendapatan besar tanpa perlu mematuhi peraturan yang ada, seperti lesen perniagaan dan cukai.
Namun, sepanjang temu ramah itu, jelas kelihatan bahawa pemilik bisnes tersebut tidak selesa dengan sikap dan soalan yang dilontarkan. Wajahnya kelihatan tertekan dan tak puas hati dengan cara TikToker itu bertanya.
Selepas video ini tersebar, ramai netizen mengecam tindakan TikToker tersebut. Rata-rata mereka berpendapat bahawa TikToker itu bukannya memberi sokongan atau membantu mempromosikan perniagaan orang, malah seolah-olah mahu menghancurkannya.
Ada juga yang tampil mempertahankan pemilik kedai teh masala itu dengan mengatakan bahawa dia sudah beberapa kali ditemubual oleh media tempatan dan pasti mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Beberapa netizen turut membandingkan TikToker tersebut dengan influencer besar seperti Pin Yang dan KA yang lebih berbudi bahasa dalam cara mereka menyampaikan ulasan.
_______________