· ·

Shuib Dah Dapat Info Peribadi CEO Helmie –“Dah Macam Gelandangan, Tapi Saya Tahu Alamat Dia”

Sumber : Tiktok | @shuibsepahtu


Pelawak terkenal, Shuib, dan pempengaruh CEO Helmie terus berbalas kenyataan di media sosial, dengan kedua-duanya tidak menunjukkan tanda-tanda reda.

Shuib Kongsi Info Peribadi Dalam sesi siaran langsung di TikTok, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, mengungkapkan dia sudah mempunyai beberapa maklumat peribadi mengenai CEO Helmie. Menurut Shuib, dia kini sudah tahu nombor telefon dan alamat terkini CEO tersebut.

“CEO Helmie ni, saya dah tahu alamat dan nombor telefonnya,” ujar Shuib dengan nada bergurau.

Tahu Tempat CEO Helmie Tinggal Lebih menarik lagi, Shuib berkata dia juga tahu di mana lokasi terkini kediaman CEO Helmie. “Saya tahu tempat dia duduk sekarang. Jadi saya harap dia tidur dengan nyenyak malam ni. InsyaAllah, jangan risau,” katanya.

Konflik Bermula Dengan Bubblebee Perbalahan ini bermula apabila CEO Helmie mendakwa syarikat minuman Bubblebee bukan milik Bumiputera, yang membuatkan Shuib meluahkan rasa marah. Shuib menafikan bahawa dia menjadi mangsa keadaan atau ‘kambing hitam’ dalam isu tersebut.

CEO Helmie Masih Terus Mengeluarkan Kenyataan Walaupun Shuib berencana untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar fitnah, CEO Helmie tetap aktif memuat naik video mengenai Shuib di media sosial, menambah ketegangan dalam pergaduhan ini.