Shukri Yahaya Semakin Rajin Mengaji, Terinspirasi Dari Isterinya Berniqab – ‘Dia Beri Saya Aura Yang Positif’
Sumber : Oh Bulan
Pelakon terkenal Shukri Yahaya mendedahkan bahawa isterinya, Tya Adnan, telah memberi pengaruh besar dalam kehidupan mereka sejak mula mengenakan niqab pada Februari lalu. Menurut Shukri, perubahan tersebut membawa suasana yang lebih harmoni dalam rumah tangga mereka.
Amalan Mengaji Makin Bertambah
Shukri, 36, menyatakan bahawa dia kini semakin rajin mengaji bersama isteri di rumah.
“Suasana rumah tangga sama seperti biasa, cuma amalan kami semakin bertambah. Kami berdua banyak mengaji, dan aura positif yang dia bawa sangat menginspirasi saya,” katanya.
Pengakuan itu dibuat semasa sesi sidang media untuk tiga drama terbaharunya: Curang Tanpa Niat, Rahsiamu Selamat Denganku, dan Opis Politik di Zebra Square, Kuala Lumpur.
Doa Agar Terus Istiqamah
Sebagai suami, Shukri tidak dapat menyembunyikan rasa gembiranya melihat perubahan isterinya. Baginya, keputusan Tya untuk berniqab adalah langkah ke arah kebaikan.
“Mana ada suami yang tak gembira melihat isteri memilih untuk berniqab, pakaian sunnah. Saya sokong dan sentiasa berdoa agar dia terus istiqamah,” katanya.
Shukri juga menitipkan nasihat kepada isterinya supaya tidak mudah mengalah dalam perjalanan ini.
Tya Curi Perhatian Selepas Umrah
Tya mula mencuri perhatian ramai apabila mengenakan niqab selepas pulang dari mengerjakan Umrah pada awal tahun ini.
Pasangan ini berkahwin pada 20 November 2015 dan kini bahagia dengan dua cahaya mata.