Ameera Khan Dedah Ciri Lelaki Idaman: Simple Tapi Bergaya, Yakin Walaupun Tak Tinggi!
Sumber : Oh Bulan
Personaliti media sosial yang juga model, Ameera Khan atau nama penuhnya Nur Ameera Abdul Halim Khan, baru-baru ini membuka cerita tentang lelaki idamannya dalam sebuah temu bual bersama majalah Glam.
Menariknya, Ameera dengan santai menjawab pelbagai soalan tentang citarasa dan ciri-ciri lelaki yang diinginkannya. Dia menegaskan, lelaki romantik dan kelakar memang menjadi pilihan utamanya.
“Romantik dan kelakar, kedua-duanya penting, jadi saya pilih dua-dua,” ujarnya.
Soal penampilan pula, Ameera lebih tertarik kepada lelaki yang berpenampilan kasual dan tidak terlalu ‘try hard’.
“Kasual dengan t-shirt, rambut messy tapi stylish. Simple tapi bergaya.”
Lelaki Pendek Bukan Masalah, Asalkan Yakin!
Antara yang mencuri perhatian ramai ialah pandangan Ameera tentang ketinggian lelaki. Tidak seperti kebanyakan gadis, dia tidak kisah soal ini asalkan lelaki tersebut penuh keyakinan diri.
“Yakin, walau apa pun ketinggian awak.”
Selain itu, Ameera juga menekankan bahawa lelaki idamannya mestilah seorang yang bercita-cita tinggi dan menyokong kerjayanya. Baginya, mempunyai visi hidup adalah sangat penting.
“Dia perlulah menyokong kerjaya saya dan mempunyai cita-cita untuk dirinya sendiri.”
Suka Lelaki Yang Santai dan Jadi Pendengar Yang Baik
Ameera turut mengakui bahawa dia lebih menyukai lelaki yang santai tetapi boleh menjadi pendengar yang baik berbanding lelaki yang hanya pandai membuat lawak.
“Saya suka lelaki yang boleh menjadi pendengar yang baik,” katanya.
Dalam temu bual itu juga, Ameera mengakui dia suka lelaki yang gemar melancong, tetapi pada masa yang sama boleh menikmati waktu tenang di rumah.
“Saya suka akan seseorang yang gemar melancong dan juga duduk di rumah,” tambahnya lagi.
Dikaitkan Dengan Jefri Nichol?
Sekadar info, peminat kini sedang hangat memperkatakan tentang hubungan mesra Ameera dengan pelakon terkenal Indonesia, Jefri Nichol. Mereka sering dilihat meluangkan masa bersama, mencetuskan spekulasi hubungan istimewa di antara mereka.