Khairul Aming Tegas: Jangan Jadikan Bantuan Banjir Tempat ‘Buang Sampah’!
Pempengaruh terkenal dan usahawan, Khairul Aming, meluahkan rasa kecewa terhadap sesetengah pemberi bantuan kepada mangsa banjir yang menghantar barangan dalam keadaan tidak elok.
Dalam sesi siaran langsung bersama sukarelawan di Kelantan baru-baru ini, Khairul memberi amaran keras selepas salah seorang sukarelawan menunjukkan lampin bayi berkulat yang dihantar sebagai sumbangan.
“Allah, siapa yang hantar lampin berkulat ini? Aku memang haramkan benda itu,” tegas Khairul Aming dalam nada kesal.
Bantuan Bukan Tempat Pelupusan Barang
Khairul turut menegaskan agar pusat pengumpulan sumbangan tidak dijadikan tempat untuk melupuskan barang-barang terpakai yang sudah rosak.
“Jangan hantar lampin berkulat, makanan yang dah ‘expired’, baju berlubang, atau barang tak elok. Berikanlah yang terbaik,” ujarnya.
Beliau juga mengingatkan bahawa walaupun mangsa banjir berada dalam keadaan darurat, barangan bantuan perlulah dalam keadaan baik agar benar-benar membantu mereka di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).
“Selagi boleh, tolong hantar barang yang elok dan terbaik. Kalau betul-betul tak ada, baru kita guna apa yang ada,” tambah Khairul lagi.
Khairul Aming Dipuji Warganet
Tindakan Khairul Aming yang tegas dalam memastikan kualiti sumbangan mendapat pujian ramai. Warganet memuji langkahnya yang membuat pemeriksaan terhadap barangan sebelum diserahkan kepada mangsa banjir.
Antara komen netizen:
- “Betul tu, jangan anggap bantuan ni macam tempat buang barang tak guna.”
- “Respect Khairul Aming! Harap semua penderma faham dan ikut saranan ni.”
- “Ini baru betul contoh usahawan yang prihatin.”
Sikap profesional Khairul dalam memastikan kebajikan mangsa banjir ini benar-benar dijaga mengundang sokongan ramai.