Usahawan Banjir, Tapi Kenapa Jaket Bulu dan Beg Tangan Mewah?
Sumber :Oh Bulan
Seorang usahawan, Juliana Mazlan, baru-baru ini mencuri tumpuan warganet selepas tular video yang memaparkan beliau melawat mangsa banjir di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan. Tindakan Juliana bersama skuad prihatin memberi sumbangan serta bantuan makanan itu diakui sebagai langkah murni. Namun, ada sesuatu yang tidak kena dalam penampilannya ketika itu.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah pakaian yang digayakan Juliana—jaket sejuk dan beg tangan mewah. Aksi tersebut mencetuskan pelbagai komen negatif daripada warganet yang merasa penampilan sedemikian tidak sesuai, apatah lagi apabila berdepan dengan golongan yang sedang dilanda ujian bencana.
Ada yang memberi teguran, “Rasanya banjir je kan, tak ada salji,” sambil menyarankan agar Juliana bersederhana dengan penampilannya ketika berada di situasi yang penuh ujian. Beberapa komen turut mengatakan, “Niat nak bantu bagus, tapi kita kena sesuai dengan keadaan pakaian itu.” Reaksi ini mencerminkan keprihatinan warganet yang berharap para dermawan lebih peka dengan perasaan orang yang sedang menderita.