“Bini Aku Dah Kahwin Lah, B*d*h!” – Imran Aqil ‘Sound’ Lelaki Old Money Menggatal Dengan Dahlia Rizal
Sumber :Oh Bulan
Artikel:
Pempengaruh media sosial, Dahlia Rizal, mendedahkan pengalaman diganggu oleh seorang lelaki dari komuniti ‘Old Money’ yang kini sedang hangat diperkatakan di media sosial. Lelaki berkenaan dilaporkan menghantar mesej menerusi Instagram (IG), namun tindakan itu segera mendapat respons “padu” daripada suami Dahlia, Imran Aqil.
Dalam perkongsian di IG Story, Dahlia, 23, menjelaskan kebiasaannya dia tidak melayan mesej berbaur mengurat. Namun kali ini, mesej itu mencuri perhatian kerana dihantar oleh seorang individu yang dikenali dari kumpulan ‘Old Money’.
“Saya biasanya tak layan DM macam ni, tapi kali ni saja tunjuk kat Imran sebab orang tu dari komuniti Old Money yang viral tu. Saya pun rasa benda ni kelakar,” kata Dahlia.
Apa yang tidak disangka, Imran terus mengambil tindakan. Dengan penuh bergaya, Imran menggunakan fungsi pesanan suara untuk membalas mesej lelaki tersebut, mengatakan:
“Eh, Dahlia dah kahwin lah bdh.”
Tindakan Imran itu nyata mengundang pelbagai reaksi, dengan ramai memuji kesetiaannya sebagai suami yang melindungi isterinya daripada gangguan.
Untuk makluman, Dahlia dan Imran selamat berkahwin dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung di Villa Istana, Ayer Keroh, Melaka, pada September tahun lalu.