| | | |

“Dewi Sanggup Sumpah Laknat: Saya Bukan Punca Rumah Tangga Cik Epal Hancur!”

Sumber :Oh Bulan



Nama Emira Delyati Dewi tiba-tiba menjadi tumpuan apabila dia dituduh sebagai punca keretakan rumah tangga antara usahawan terkenal, Jofliam, dan bekas isterinya, Cik Epal (Nur Munirah Mahmood). Namun, Dewi tampil dengan kenyataan tegas untuk menangkis dakwaan tersebut.

Dalam satu hantaran di Instagram Story, Dewi menyeru Cik Epal untuk bersemuka secara langsung bagi menyelesaikan konflik yang sedang berlarutan.

“Untuk tutup buku ini, Nur Munirah binti Mahmood, sila berjumpa dengan saya.”

Dewi, yang juga bekas staf kepada Jofliam, menegaskan bahawa dirinya sanggup melakukan sumpah laknat atas Al-Quran bagi membuktikan bahawa dia bukanlah orang ketiga dalam perkahwinan pasangan itu.

“Saya sanggup sumpah laknat, saya bukan penyebab rumah tangga awak hancur, awak sendiri tahu. Awak yang minta jumpa saya untuk memohon maaf.”

Menariknya, Dewi turut mendedahkan bahawa akaun media sosialnya telah disekat oleh Cik Epal, sekali gus menimbulkan persoalan tentang keberanian pihak tersebut untuk bersemuka.

“Kenapa block? Cakap berani kerana benar? Sumpah atas perbuatan kita berdua, yang awak mengatakan Jo (Jofliam) tak curang. Saya sanggup sumpah.”

Untuk pengetahuan, pasangan Jofliam dan Cik Epal telah berkahwin selama 10 tahun sebelum disahkan bercerai. Mereka mendirikan rumah tangga pada 1 Jun 2014 dan dikurniakan dua anak, Han dan Yuki.

Similar Posts