| | | |

Fazura Berdoa Mahukan Baby Boy, Netizen Turut Sama Mendoakan


Sumber :Oh Bulan


Pelakon dan usahawan terkenal, Fazura, baru-baru ini mencuri perhatian ramai semasa menghadiri acara jualan gudang produknya di The Strand Mall, Kota Damansara. Dalam satu video yang tular, Fazura yang mesra disapa sebagai ‘auntie’ oleh peminatnya, secara spontan memohon doa daripada seorang kanak-kanak lelaki yang hadir agar dia dikurniakan seorang anak lelaki.

“Doakan auntie dapat baby boy ye,” ujar Fazura sambil tersenyum ketika bergambar dengan peminat kecil itu.

Ruang komen di media sosial terus dihujani doa dan kata-kata semangat daripada para peminat yang turut berharap impian Fazura untuk memiliki zuriat lelaki tercapai. Ada yang meluahkan rasa kagum terhadap kecantikan Fazura, manakala ada juga yang turut berkongsi rasa simpati terhadap impiannya yang belum terlaksana.

Antara komen yang mencuit hati:

  • “Dari dulu dia sebut nak baby boy, semoga ada rezeki Fatima dapat adik.”
  • “Sedih pula bila dengar dia cakap nak baby boy, semoga doa Fazura dimakbulkan.”

Fazura yang kini bergelar ibu kepada seorang anak perempuan, Fatima, sering kali menyatakan hasratnya untuk menambah bilangan ahli keluarga. Namun begitu, peminatnya terus memberikan sokongan moral dan berharap Fazura bertemu jodoh yang terbaik serta dikurniakan zuriat lelaki suatu hari nanti.

Similar Posts