| | | |

Khairul Aming Tegas: “Saya Tak Akan Masuk Campur Isu agihan bantuan di  PPS!


Sumber :The Rakyat Post


Bencana banjir besar yang melanda sembilan negeri di Semenanjung Malaysia, terutamanya di Kelantan, telah menarik perhatian influencer terkenal, Khairul Aming, untuk turun padang membantu mangsa terjejas. Namun begitu, bantuan yang diberikan menimbulkan kontroversi apabila ada dakwaan barangan tersebut tidak diagihkan secara adil di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) SK Tumpat 1.

Khairul Aming Tampil Beri Penjelasan
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Khairul Aming menjelaskan beliau menerima aduan mengenai isu tersebut tetapi enggan terlibat. Katanya, tugas pasukannya hanya menghantar barangan ke PPS, dan selepas itu mereka segera meneruskan misi ke lokasi lain.

“KA tak nak masuk campur dan saya tak benarkan team KA pun masuk campur isu tu. Info yang kami ada hanya setakat penghantaran barang, itu sahaja,” tegas Khairul Aming.

Influencer tersebut juga mencadangkan agar pihak yang tidak berpuas hati membuat laporan polis jika dakwaan itu benar. Dia turut berkongsi bahawa petugas PPS yang difitnah menyorokkan barangan bantuan telah menangis kerana tekanan.

“Akak AJK tu sampai menangis sebab orang tuduh dia sorok barang. Padahal, dia sendiri dan anak-anak pun tak cukup makanan,” katanya.

Apa Sebenarnya Yang Berlaku?
Isu ini tercetus selepas tular video di TikTok, di mana seorang mangsa banjir mendakwa ketua kampung PPS tersebut mencatu barangan bantuan. Mangsa mendakwa hanya menerima sebungkus mi segera dan sebungkus biskut kering walaupun bantuan yang tiba adalah dalam kuantiti banyak.

Mangsa turut menyertakan bukti video menunjukkan barangan bantuan diasingkan sebelum diagihkan, mencetuskan rasa tidak puas hati ramai.

Similar Posts