“Vivy Yusof Janji Dedah Kisah Sebenar FashionValet: ‘Banyak Yang Saya Ingin Katakan’”
Sumber : Instagram Vivyyusof
Datin Vivy Yusof, pengasas FashionValet, kini menjadi perhatian selepas isu melibatkan kerugian pelaburan RM43.9 juta oleh Khazanah Nasional Berhad dan Permodalan Nasional Berhad (PNB). Tuduhan pecah amanah yang mengaitkan Vivy dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar, mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan netizen.
Dalam satu hantaran di Instagram, Vivy memberi respon terhadap soalan mengenai keadaan terkini FashionValet. Menurutnya:
“Saya akan ceritakan, dalam masa yang sesuai. Percayalah, saya ada banyak untuk dikatakan kepada orang ramai.”

Walaupun pasangan itu telah dibebaskan dengan jaminan SPRM, kenyataan Vivy mengisyaratkan bahawa ada lebih banyak cerita di sebalik kontroversi ini yang belum terungkai.
Permohonan Maaf di Tengah Kontroversi
Terdahulu, Vivy dan Fadza memohon maaf kepada semua pihak yang terkesan, terutamanya PNB dan Khazanah, menerusi sebuah hantaran di Instagram. Namun, permohonan maaf itu tidak cukup untuk meredakan spekulasi yang terus berlegar di media sosial.
Isu ini telah mencetuskan perbincangan hangat, bukan sahaja tentang urus tadbir korporat, tetapi juga peranan usahawan selebriti dalam menguruskan kepercayaan dan dana pelabur.
Buat masa ini, ramai yang menanti masa “sesuai” yang disebut Vivy untuk beliau berkongsi kisah sebenar tentang apa yang berlaku di sebalik FashionValet.