“Kisah Sebenar Suami Kahwin Tiga – Bukan Seindah Yang Disangka!”
Sumber : The Vocket
Sebuah cerita tular baru-baru ini tentang seorang lelaki yang dengan bangganya berkongsi kisah perkahwinannya yang ketiga dengan izin isteri pertama dan kedua telah menarik perhatian ramai. Pada mulanya, netizen kagum dengan kesabaran isteri-isteri yang sanggup menerima hidup bermadu. Namun, ada pendedahan mengejutkan yang merubah pandangan ramai terhadap kisah ini.
Peguam terkenal, Asiah Abd Jalil, mendedahkan kisah sebenar di sebalik perkahwinan suami ini yang tidak seindah yang disangka. Menurut pendedahan peguam, perkahwinan dengan isteri kedua pada tahun 2021 dilakukan tanpa restu wali dan keluarga. Difahamkan, isteri kedua tersebut telah lari dari rumah dan mereka berkahwin selepas si suami mengemukakan permohonan wali enggan di mahkamah.
Lebih mengejutkan, pernikahan dengan isteri ketiga yang berlaku setahun lalu di Thailand juga tidak mendapat restu keluarga dan wali pihak perempuan. Si suami pula didakwa tidak berlaku adil dalam poligami, apabila memilih giliran bermalam sesuka hati dengan para isteri tanpa sebarang pertimbangan.
Malah, pendedahan lebih mengejutkan apabila isteri kedua mendakwa dia pernah dipukul bersama isteri pertama. Walaupun diperlakukan sebegitu, dia menganggapnya sebagai pengorbanan dalam percintaan. Lebih teruk lagi, isteri kedua tersebut dikatakan pernah meminta penceraian melalui WhatsApp, namun mereka rujuk kembali.
Selain itu, peguam juga menegaskan bahawa suami yang tidak berlaku adil dalam berpoligami tidak wajar dijadikan ikon atau contoh untuk orang ramai. Terdapat dakwaan lain yang mengatakan seorang anak telah dilarikan untuk tujuan poligami dan kezaliman berlaku kepada isteri kedua. Kisah ini mencetuskan kontroversi dan ramai yang kini mempersoalkan keadilan dalam poligami.