| | | |

Lagi Hebat Murah Dari RX-Z, Honda City Viral Kini Dilelong Dengan Harga Tak Masuk Akal RM2,000!


Sumber : The Vocket

Siapa sangka kisah viral wanita yang menghancurkan sebuah Honda City hijau akhirnya membawa kepada satu penawaran yang mengejutkan. Kenderaan itu, yang pernah menjadi mangsa amukan, kini dilelong pada harga serendah RM2,000!

Kereta Viral Jadi Tumpuan

Semuanya bermula apabila wanita tersebut merosakkan Honda City itu akibat rasa marah setelah tertipu dalam urusan sambung bayar. Kereta berkenaan bukan sahaja dirosakkan pada bahagian tingkap dan cermin sisi, malah bahagian kabinnya turut penuh dengan serpihan kaca.

Terbaru, pelabur hartanah terkenal di media sosial, Ishaq Marazi, mendedahkan melalui Facebook bahawa kereta tersebut kini disenaraikan untuk lelongan.

“Kereta viral. Lagi murah daripada RX-Z. Lelong RM2,000. Honda City tahun 2008. On tak On?” tulis Ishaq dengan nada mencetuskan keterujaan.

Berdasarkan tangkap layar yang dikongsikannya, kereta Honda City 1.5 VTEC automatik tahun 2008 ini disenaraikan sebagai LOT 127 dengan harga lelongan bermula RM2,000 sahaja!

Kisah Disebalik Honda City Viral

Insiden yang mencetuskan tular itu berlaku apabila wanita terbabit mendapati pemilik asal kereta tersebut gagal membayar pinjaman bank selama lapan bulan, walaupun beliau telah membuat bayaran bulanan tanpa culas. Berang dengan situasi itu, beliau akhirnya mengambil tindakan drastik dengan merosakkan kenderaan tersebut.

Similar Posts