· ·

Fazura Kesal Dituduh Beremosi Terhadap Fattah: ‘Saya Tidak Akan Memaafkan Fitnah dan Cercaan Anda’


Sumber : Instagram | @missfazura

Fazura Kesal Dituduh Masih Berdendam Dengan Fattah – ‘Saya Tak Maafkan Fitnah Serta Cercaan Awak Dunia & Akhirat’

Pelakon Nur Fazura, 41, tidak memaafkan tindakan individu yang melemparkan fitnah terhadap dirinya berhubung dakwaan masih menyimpan dendam terhadap bekas suaminya, Fattah Amin. Dalam satu hantaran di Instagram Story, Fazura berkongsi tangkap layar kenyataan individu tersebut yang mendakwa dia masih tidak ‘move on’ dan sengaja mencipta masalah.

Individu itu turut menyatakan Fazura telah mengaibkan Fattah dengan membuka cerita buruk tentangnya, malah memintanya berhenti mengganggu hidup bekas suaminya yang kini sudah ‘move on.’ Tidak hanya itu, individu tersebut menambah bahawa tindakannya hanya mengundang dosa netizen yang menyokongnya.

Enggan berdiam diri, Fazura menegaskan bahawa dia tidak akan memaafkan segala fitnah dan cercaan tersebut, sama ada di dunia mahupun di akhirat. Tegasnya, komen yang ditulis panjang lebar itu hanya memanjangkan dosa individu terbabit.