“‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”
Sumber : Lobak Merah
Isu warga asing di Malaysia, khususnya golongan ekspatriat, kini semakin hangat dibincangkan. Bukan hanya pekerja dari negara Asia, tapi kini semakin ramai juga ‘mat salleh’ yang memilih Malaysia sebagai tempat untuk bersara dan menetap. Terbaru, seorang lelaki mat salleh membuat hantaran di media sosial dan mengemukakan beberapa perkara positif tentang Malaysia, antaranya:
- Orang Malaysia fasih berbahasa Inggeris berbanding negara-negara Asia lainnya.
- Malaysia adalah negara yang selamat dengan kepercayaan sosial yang tinggi.
- Perubatan di Malaysia murah dan mudah diakses, dengan doktor dan staf hospital yang juga boleh berbahasa Inggeris.
Tidak cukup dengan itu, lelaki ini juga mengesyorkan Malaysia sebagai destinasi untuk pelancong Eropah atau Amerika yang ingin melawat, bersara, atau membeli hartanah di sini. Namun, reaksi ini tidak diterima baik oleh segelintir warga Malaysia.
Banyak netizen yang mengecam, dan dalam nada berseloroh, mereka mengatakan bahawa lebih baik warga asing tidak memilih Malaysia sebagai tempat tinggal. Salah seorang pempengaruh, Rhys William, tidak setuju dengan kecaman tersebut dan memberi respons tegas.
“Tak faham orang macam ni. Orang cakap baik pasal Malaysia, siap promote, kau pulak fokus kat negatif, siap kecam dia lagi. Tak boleh brain,” kata Rhys.
Namun, ruangan komen Rhys penuh dengan reaksi netizen yang “sekolahkan” beliau, dengan mengatakan bahawa mereka tidak menentang pelancong asing datang melawat, tetapi isu warga asing yang bermigrasi dan bersara di Malaysia memberikan kebimbangan. Netizen bimbang Malaysia akan menjadi seperti Bali, yang kini dipenuhi oleh warga luar kerana kos hidup yang lebih murah berbanding negara asal mereka.
Ada yang menyatakan, “Kami tak halang mereka datang, tapi Malaysia jangan jadi seperti Bali.”