| | | |

Rakyat Malaysia & Indonesia Dinobatkan Paling Malas Jalan Kaki Di Dunia


Sumber : SAYS


Rakyat Malaysia dan Indonesia kini memegang rekod dunia dalam kategori yang mengejutkan – kedua-dua negara dinobatkan sebagai paling malas berjalan kaki berdasarkan kajian global Universiti Stanford.

Kajian tersebut melibatkan seramai 717,000 individu dari 111 negara, mengukur purata langkah harian setiap orang. Hasilnya? Indonesia berada di tangga pertama dengan hanya 3,531 langkah sehari, jauh di bawah purata global sebanyak 5,000 langkah. Malaysia pula menduduki tempat ketiga dengan purata 3,963 langkah sehari.

Kenapa Malas Jalan Kaki?
Terdapat beberapa faktor utama yang menjelaskan tabiat ini:

  1. Infrastruktur Tidak Mesra Pejalan Kaki
    Laluan pejalan kaki sering digunakan sebagai parkir motosikal, kawasan berniaga, atau tidak wujud langsung.
  2. Kenderaan Jadi Pilihan Utama
    Di kedua-dua negara, motosikal dan kereta lebih digemari kerana lebih cepat dan mudah.
  3. Cuaca Panas Terik
    Iklim tropika dengan suhu tinggi menjadikan berjalan kaki pilihan yang kurang menarik.

Adakah ini alasan kukuh untuk terus malas berjalan? Sebenarnya, langkah kecil untuk bergerak lebih banyak boleh memberi impak besar kepada kesihatan, terutama dalam mencegah penyakit gaya hidup seperti obesiti dan diabetes.Lepas ini, korang rasa nak mulakan langkah lebih aktif tak?

Similar Posts