Isteri Dakwa Abang Viva Mesej Dengan Wanita Lain – senyap-senyap chat perempuan lain ketika isteri dah tidur
Sumber : Oh Bulan
Kisah rumah tangga sukarelawan terkenal, Azwan Omar atau lebih dikenali sebagai Abang Viva, kembali menjadi perhatian apabila isterinya, Eva Noza, mendedahkan dakwaan suaminya berhubung mesej dengan seorang wanita lain yang juga dikatakan isteri orang.
Melalui video di TikTok, Eva memuat naik tangkap layar perbualan yang dipercayai antara Abang Viva dengan wanita tersebut. Dalam perkongsian itu, Eva meluahkan kekecewaannya:
“Saat orang lain suruh fikir untuk terima kau balik, aku guna hati yang ada secebis kasih sayang untuk baiki hubungan kita. Tapi ini yang aku dapat? Masa aku tidur, korang berdua chat? Seorang isteri orang dan seorang lagi suami orang, sakitlah.”
Eva turut mendakwa Abang Viva menyatakan sudah tidak sanggup lagi bertahan dalam perkahwinan mereka. Lebih menyedihkan, Eva mendakwa suaminya berkongsi keburukannya dengan wanita lain:
“Setiap kali aku baca, aku menangis. Kau peluk cium aku, tapi dalam masa sama kau cerita buruk tentang aku. Kalau kau nak pergi, aku tak akan halang.”
Netizen di ruangan komen meluahkan rasa simpati terhadap Eva, dengan ramai yang tidak menyangka perkara seperti ini boleh berlaku dalam rumah tangga pasangan yang dilihat bahagia.
Namun, ini bukan kali pertama rumah tangga Abang Viva menjadi perhatian. Sebelum ini, spekulasi timbul selepas Abang Viva memuat naik status berterima kasih kepada seseorang yang didakwa telah mengganggu keharmonian hubungan mereka. Eva kemudiannya menafikan bahawa perkahwinan mereka telah berakhir.
Untuk rekod, Abang Viva dan Eva Noza mendirikan rumah tangga pada 14 Oktober 2022. Kini, perbincangan hangat tentang kisah mereka masih menjadi topik utama di media sosial.