| | | |

Kim Seri Berjanji, Mohon Maaf & Janji Selesaikan Hutang RM400K Menjelang 2025


Sumber : Oh Bulan


Pempengaruh media sosial yang kini menetap di Korea Selatan, Kim Seri atau nama penuhnya Seri Azlina, tampil memohon maaf atas kontroversi yang mendakwa dirinya telah menyebabkan kerugian hampir RM400,000 kepada pelanggan.

Menerusi Instagram Story, Seri memohon maaf secara terbuka dan mengakui bertanggungjawab atas kesulitan yang dihadapi para pelanggan. Dia menjelaskan sedang berusaha untuk menyelesaikan hutang tertunggak dengan menjanjikan pembayaran penuh selewat-lewatnya pada 1 Februari 2025.

“Saya memohon maaf dengan setulus hati atas segala kebimbangan dan kesulitan yang telah saya timbulkan. Saya sedang berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah ini,” katanya.

Walaupun tidak dapat menyelesaikan jumlah bayaran secara sekaligus, Seri berjanji akan melunaskan bayaran melalui pelan pembayaran yang telah ditetapkan. Dia juga memberi jaminan bahawa dokumen berkaitan akan diberikan kepada pelanggan yang terlibat.

“Dokumen penyelesaian akan disediakan kepada semua pelanggan yang telah membuat tempahan sebelum ini,” tambah Seri lagi.

Sebelum ini, beberapa individu memuat naik video dan hantaran di media sosial mendakwa mereka menjadi mangsa pakej pelancongan yang ditawarkan Seri. Antara masalah yang dikongsi termasuk isu sepanjang perjalanan ke Korea Selatan, yang bermula sejak mereka masih di Malaysia.

Similar Posts