· ·

Berberapa bulan tinggalkan Fattah Amin Fazura terbuka untuk Kahwin lagi ‘Kalau Ada Jodoh, Biar Terbaik Buat Saya dan Fatima’


Sumber : Oh Bulan

Selepas bergelar ibu tunggal, Nur Fazura sekali lagi mencuri perhatian dengan jawapannya yang penuh makna ketika sesi live di TikTok. Aktres dan usahawan itu mengakui, walaupun dia kini lebih fokus kepada anak dan kerjaya, pintu hatinya tetap terbuka untuk cinta baru.

“Single Tapi Bukan Forever Alone!”

Semuanya bermula apabila seorang netizen memberi komen spontan, memuji Fazura yang kelihatan semakin jelita dan berseri-seri. Tanpa ragu, Fazura dengan tenang berkata, “Doakan saya dan walaupun saya dah single, tapi saya fokus kepada Fatima dan kerjaya. Kalau ada jodoh, biar yang terbaik buat saya dan Fatima.”

Kenyataan itu segera mencetuskan pelbagai reaksi daripada peminat. Ada yang teruja, malah ada juga yang mula “menghantar borang” untuk menjadi calon pasangan Fazura.

Kisah Lama, Langkah Baru

Setelah perkahwinan bersama Fattah Amin berakhir Oktober lalu, Fazura kini menjalani kehidupan sebagai ibu tunggal dengan penuh gaya. Namun, di sebalik senyumannya, ramai yang tertanya-tanya: Adakah aktres ini benar-benar bersedia untuk menerima kehadiran cinta baru?

Tidak kurang juga netizen yang mula membuat spekulasi, siapakah lelaki yang layak berdampingan dengan bintang terkenal ini. Dengan karier yang kukuh dan kecantikan yang tak pudar, Fazura diyakini tidak akan kekal single terlalu lama. Selepas perpisahan mereka, baik Fazura mahupun Fattah masing-masing memilih untuk tidak membuka cerita. Namun, seperti biasa, dunia hiburan tak pernah sunyi dari spekulasi. Fattah dikaitkan dengan beberapa bintang muda, sementara Fazura pula terus meniti di bibir peminat dengan kecantikan dan aura yang luar biasa.

Dengan kenyataan terbaharunya ini, satu soalan besar timbul: Adakah Fazura hanya memberi isyarat untuk masa depan, atau ada sesuatu yang sedang dirancang?