Puteri Sarah Dedah Fitnah – Siapa Dalang Sebenarnya?
Sumber : Oh Bulan
Tiada ribut tiada angin, pelakon terkenal Puteri Sarah Liyana baru-baru ini menggemparkan ramai apabila mendakwa ada pihak yang cuba merosakkan keharmonian keluarganya. Pendedahan tersebut dibuat menerusi hantaran Instagram Story pada Ahad, yang menyebut pihak tertentu sedang melemparkan fitnah untuk melaga-lagakan keluarganya.
“Rasanya ada manusia nak porak-perandakan keluarga kita dengan fitnah macam-macam. Nak melagakan satu keluarga pula,” tulis Puteri Sarah, tanpa menyebut nama sesiapa.
Tindakan pihak tersebut dikatakan turut memberi kesan kepada hubungan baik antara Puteri Sarah dan keluarga bekas suaminya, Syamsul Yusof. Namun begitu, pelakon ini tetap tenang menghadapi cabaran ini.
Dalam perkembangan berkaitan, ibu kepada Syamsul, Datin Patimah Ismail, turut berkongsi sokongan moral kepada Puteri Sarah melalui hantaran yang sama. Datin Patimah menulis, “Tabahkan diri menghadapi ujian. Semoga Allah beri kekuatan dan kebahagiaan untuknya bersama anak-anak.”
Untuk makluman, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof pernah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014. Pasangan itu akhirnya bercerai talak satu pada 14 Jun 2023, selepas beberapa kontroversi melanda. Hasil perkahwinan mereka, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 5.