Sambalado Versi Rayyan & Arjuna: Gelagat Dua Beradik Jadi Tumpuan Di TikTok!
Sumber : Oh Bulan
Dua anak kepada pelakon terkenal Rita Rudaini, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna, sekali lagi mencuri perhatian netizen dengan gelagat lucu mereka di TikTok. Baru-baru ini, siaran langsung mereka menjadi viral apabila kedua-dua beradik ini membantu ibunya menjual produk sambil menari dan menyanyi.
Mereka yang sedang mempromosikan sambal bilis petai, produk popular Rita, tidak hanya fokus kepada jualan tetapi turut menceriakan suasana dengan aksi menyanyi dan menari. Lagu-lagu yang mereka nyanyikan, seperti ‘Sambalado’ oleh Ayu Ting Ting dan ‘Yennode Macha’ oleh Zubir Khan, semakin menambah keceriaan di ruang komen.Rita Rudaini, yang berada di belakang, kelihatan tidak dapat menahan tawa melihat gelagat kedua-dua anaknya yang begitu bersahaja di hadapan kamera. Apa yang lebih menarik ialah, kedua-dua anaknya itu nampak begitu yakin dengan aksi mereka, membuatkan ramai netizen terhibur.