“Ex-Wife Dah Move On, Tapi Jofliam Didakwa Belasah Pembantu Sebab Pegang Handbag”
Sumber : Oh Bulan
=
Kisah panas membabitkan pempengaruh media sosial terkenal, Cik Epal, dan bekas suaminya, Jofliam, kembali hangat. Kali ini, Jofliam didakwa bertindak keterlaluan apabila dikatakan telah memukul pembantu peribadi Cik Epal hanya kerana individu tersebut memegang beg tangan miliknya.
Dalam satu hantaran di media sosial, Cik Epal menyuarakan rasa marah dan kecewa terhadap tindakan bekas suaminya itu. Menurutnya, perbuatan tersebut bukan sahaja tidak wajar, malah melampaui batas.
“Bila duda aku dah start main kasar sampai nak belasah assistant aku ni sangat melampau la untuk aku. Dah kenapa sentuh anak orang? Jangan acah garing sangat bro,” luah Cik Epal.
Apa yang lebih mengejutkan, alasan Jofliam bertindak demikian kerana tidak senang melihat pembantu tersebut memegang beg tangan milik Cik Epal.
“Reason dia nak pukul sebab dia nampak assistant aku pegang handbag aku. Laaa dah kenapa? Dia memang selalu pegang kan barang-barang aku.”
Cik Epal turut mendedahkan dialog terakhir yang dikatakan keluar dari mulut bekas suaminya:
“Aku nampak kau berkepit dengan ex wife aku, kau tengok.”
Kenyataan itu membangkitkan tanda tanya netizen mengenai status hubungan mereka, memandangkan pasangan ini telah lama berpisah.
Sehingga kini, Jofliam masih belum memberi sebarang komen atau penjelasan berhubung dakwaan tersebut. Namun, situasi ini jelas mencetuskan kontroversi dalam kalangan pengikut kedua-duanya.