· ·

“Makhluk Gergasi Mirip Casper! CEO Kapal Kongsi Kisah Seram di Tengah Laut”


Sumber : Oh Bulan


Seorang pelayar dan pempengaruh yang dikenali sebagai CEO Kapal sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila berkongsi pengalaman menakutkan ketika berlayar di lautan luas. Sebelum ini, beliau pernah mendakwa bertemu dengan duyung, dan kali ini, kisahnya lebih misteri apabila terserempak dengan makhluk gergasi berwarna putih.

Menurut CEO Kapal, kejadian itu berlaku pada waktu malam, ketika beliau bersama seorang pegawai sedang bertugas di atas kapal. Makhluk tersebut muncul secara tiba-tiba di hadapan kapal, menyebabkan keadaan menjadi tegang dan penuh tanda tanya.

“Makhluk warna putih tiba-tiba muncul depan kapal dan saya bersama seorang pegawai waktu itu terdiam dah macam kena pukau. Putih dan tinggi, membuatkan kapal saya sampai bergelora. Apa benda itu? Wallahualam sebab waktu itu malam.”

Rupa Mirip ‘Casper’?
Menceritakan rupa makhluk tersebut, CEO Kapal menggambarkan ia seakan karakter kartun Casper dari filem popular tahun 1995.

“Makhluk itu tinggi daripada kapal. Dia bangun dan toleh ke belakang (arah kapal) sebelum dia tenggelam balik. Tapi dia tenggelam perlahan-lahan dan tak kacau kami. Bentuk dia macam ‘Casper’, kepala botak, berwarna putih, dan tangan dia macam pendayung.”

Pengalaman luar biasa ini menimbulkan pelbagai reaksi dan spekulasi dalam kalangan netizen.

Netizen Kaitkan dengan Mitos ‘Ningen’
Di ruangan komen, ramai yang mula meneka identiti makhluk itu. Ada yang menganggap ia hanyalah fenomena biasa di laut, namun ada juga yang mengaitkannya dengan makhluk mitos bernama ningen.

Makhluk ningen merupakan kisah legenda dari Jepun yang digambarkan sebagai makhluk laut gergasi berwarna putih dengan bentuk menyerupai manusia. Walaupun tiada bukti saintifik kukuh mengenai kewujudan ningen, kisah ini terus menjadi misteri yang membingungkan ramai.

Sehingga kini, tiada kepastian mengenai apakah makhluk yang ditemui oleh CEO Kapal. Namun, cerita ini pastinya menambahkan lagi rasa ingin tahu terhadap misteri di lautan luas.