Azhar Sulaiman Setuju Leona Kahwin Muda, Tapi Ada Syarat – ‘Bakal Suami Kena Okay Dengan Asap Rokok’
Sumber : Oh Bulan
Pelakon terkenal Azhar Sulaiman memberi lampu hijau kepada anaknya, Kasih Iris Leona, untuk berkahwin pada usia muda tetapi menetapkan beberapa syarat khas buat bakal menantu.
Syarat Khas Untuk Bakal Suami Leona
Menerusi hantaran di Facebook, Azhar menyatakan dia tiada masalah dengan keputusan Leona untuk mendirikan rumah tangga, asalkan bakal suami memenuhi kriteria yang ditetapkannya.
“Kalau awak behi (ingin) sangat nak nikah tahun depan, tak apa. Tolong pastikan bakal suami awak tak kisah asap rokok dalam kereta, bukan vegetarian dan suka muzik bergenre Rave,” tulis Azhar secara santai.
Selain itu, Azhar menegaskan bakal menantu perlu mendapatkan restu daripada adik-beradik Leona, iaitu Kasih Leia Ixora dan Andika Rees Pahamin, yang dikenali sebagai “The High Council”.
“Dengan Mommy mungkin senang lulus, tapi kami bertiga lain cerita. Dia mesti diterima oleh Leia & Rees juga.”
Leona Mahu Jadi Isteri Sepenuh Masa
Sebelum ini, Leona pernah menyuarakan hasrat untuk berkahwin pada tahun 2025, walaupun usianya baru sahaja mencecah 22 tahun. Dia juga menyatakan keinginan untuk menjadi isteri sepenuh masa.
Pendekatan Azhar yang terbuka tetapi tetap menetapkan syarat mencuri perhatian ramai, menunjukkan kasih sayangnya sebagai bapa yang tetap mahu memastikan kebahagiaan anak.