| | | |

“Fattah Amin dan Amira Othman? Netizen Mula ‘Shipping’ Pasangan Ini!”


Sumber : Beautiful Nara

Baru-baru ini, Amira Othman, penyanyi dan selebriti yang semakin mendapat perhatian, memuat naik video rangkuman 2024 di akaun TikToknya. Video yang kelihatan biasa itu tiba-tiba menjadi perbualan hangat netizen kerana kemunculan seorang lelaki misteri bertopi dan berkaca mata hitam dalam salah satu klipnya.

Netizen yang ‘mata helang’ segera mula berspekulasi. Ada yang mendakwa lelaki tersebut ialah pelakon popular Fattah Amin. Mereka turut mengaitkan klip tersebut dengan penampilan Fattah yang memakai topi jenama NY, lengkap dengan cop putih di bahagian bawah. Menariknya, topi serupa pernah dilihat dalam salah satu video TikTok Fattah sebelum ini, mencetuskan lagi teori konspirasi peminat.

Tidak cukup dengan itu, hubungan antara kedua-dua selebriti ini menjadi topik panas di ruangan komen. Netizen tanpa segan silu mula ‘menjodohkan’ Amira dan Fattah, malah ada yang berani mengeluarkan kenyataan, “Kalau dia dengan Fattah Amin, memang sepadan!”

Spekulasi ini mengingatkan kita kepada perkongsian Fattah sebelum ini yang juga menjadi perhatian kerana menerima komen-komen nakal dari netizen yang mengaitkan dirinya dengan penyanyi tersebut. Meskipun tiada sebarang kenyataan rasmi daripada kedua-duanya, netizen nampaknya sudah pun melantik mereka sebagai ‘couple goals’ baharu.

Similar Posts