“Jawline Boleh Potong Bawang” Andika Putera Didakwa Obses Kecantikan – ‘Ini Semua Demi Keyakinan’
Sumber : IG | @andikaputeraa
Andika Putera, pempengaruh dan usahawan muda, sekali lagi menjadi perbualan ramai selepas berkongsi transformasi wajahnya yang lebih terserlah. Dalam satu perkongsian di Instagram, Andika mendedahkan dagunya yang semakin tajam adalah hasil rawatan high-intensity focused ultrasound (HIFU) yang dilakukan secara berkala, selain usaha menurunkan berat badan.
“Ini Pilihan Saya”
Andika menjelaskan rawatan HIFU dipilih kerana ia tidak melibatkan pembedahan atau jarum, sekali gus dianggap selamat dan semula jadi. Baginya, rawatan tersebut adalah langkah untuk meningkatkan keyakinan diri, bukan mengubah ciptaan Tuhan.
“HIFU membantu mengetatkan kulit dan membentuk wajah tanpa invasif. Semua ini untuk keyakinan diri, bukan mengubah apa-apa.”
“Langkah Berani Atau Berlebihan?”
Namun, tindakan ini mencetuskan reaksi bercampur-baur dalam kalangan netizen. Ada yang memuji usaha Andika memperbaiki imej diri, tetapi tidak kurang yang melihatnya sebagai tindakan yang melampaui keperluan. Ada yang mendakwa pempengaruh ini terlalu menekankan kecantikan fizikal sehingga menimbulkan tanda tanya mengenai mesej yang disampaikan kepada pengikutnya.
“Kecantikan tak sepatutnya diukur pada rupa semata-mata. Fokuslah pada dalaman juga,” komen seorang pengguna Instagram.
Walau dikritik, Andika kekal dengan pendiriannya, menegaskan ini adalah pilihan peribadi yang tidak perlu dihakimi orang lain.
“Saya tahu apa yang saya mahu dan saya lakukan ini untuk diri sendiri. Tak ada niat untuk pamer atau melampau.”
Transformasi Yang Mencuri PerhatianAndika turut memuat naik video menunjukkan sesi rawatan HIFU yang dijalankan. Wajahnya yang lebih berbentuk kini menjadi inspirasi kepada sesetengah pihak, tetapi bagi sebahagian yang lain, ia membangkitkan perbincangan tentang batas dalam kecantikan moden.