| | | |

“Bekas Banduan Dedah Kehidupan Penjara Bersama Najib, PU Azman – Ada Yang Dapat Layanan Istimewa”


Sumber : Oh my Media

Seorang lelaki yang pernah menjalani hukuman di Penjara Kajang mencuri perhatian ramai apabila menceritakan pengalaman berkongsi penjara dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, dan selebriti seperti PU Azman serta penyanyi Yasin Sulaiman. Kisah ini dikongsikan menerusi sebuah video TikTok oleh pengguna im_hin_othman yang menemubual lelaki tersebut.

Najib Dikatakan Terima “Layanan Istimewa”

Menurut lelaki itu, Najib ditempatkan di sel khas berhampiran hospital penjara, yang dilengkapi pelbagai kemudahan. Dia juga mendakwa bahawa bekas Ahli Parlimen Pekan itu boleh keluar masuk dengan mudah untuk urusan tertentu, termasuk ke mahkamah.

“Sel Najib lain daripada kami. Dekat situ ada basikal senam, ada komputer. Bila dia lalu, kami panggil dia ‘bosku.’ Memang dia special,” katanya.

PU Azman, Si Pendakwah Penjara

Selain Najib, lelaki itu turut berkongsi pengalamannya bersama PU Azman, yang terkenal dengan ceramah agamanya. Dia menggambarkan suasana tazkirah di penjara seperti berada di dalam studio.

“PU Azman macam kat luar. Hari-hari bagi tazkirah. Kami tercengang tengok, rasa seronok ada artis macam dia,” tambahnya.

Pakaian Banduan dan Rekod Hukuman

Lelaki itu juga mendedahkan bahawa warna pakaian banduan di Penjara Kajang menunjukkan tempoh hukuman masing-masing. Dia turut menyatakan terdapat banduan yang menjalani hukuman selama 400 tahun, sementara mereka yang berpakaian putih ialah banduan dengan tempoh hukuman paling singkat.Namun, kenyataan lelaki tersebut masih tidak dapat disahkan sepenuhnya, dan ia hanya berdasarkan pengalamannya semasa berada di penjara.

Similar Posts