| | | |

Fattah Amin & Amira Othman: Netizen Tertipu Dengan Gimik Marketing Terbaru Mereka!


Sumber : TRP


Baru-baru ini, nama penyanyi Amira Othman semakin hangat diperkatakan selepas dikaitkan dengan pelakon Fattah Amin. Khabar angin mula bertiup kencang apabila kedua-dua selebriti ini dilihat semakin mesra dan sering berkongsi konten bersama di media sosial.

Namun, tidak lama selepas itu, netizen mula mengesan satu ‘pattern’ yang jelas di media sosial mereka. Ada yang mula meragui keseriusan hubungan mereka dan menganggap kemesraan yang dipamerkan hanyalah sebahagian daripada gimik pemasaran.

Tuduhan ini semakin kuat selepas Amira Othman memuat naik sepotong video di TikTok yang mencetuskan spekulasi. Dalam video tersebut, kedengaran suara seorang lelaki yang dipercayai Fattah Amin, diiringi dengan tarikh 10 Januari 2025, yang lazimnya digunakan oleh penyanyi untuk mempromosikan projek terbaru mereka.

Rata-rata netizen yang menonton video ini mula berasa tertipu. Ada yang meluahkan kekecewaan kerana mereka telah terpengaruh dengan ‘gimik’ yang dipercayai untuk melancarkan produk atau projek baru daripada kedua-dua selebriti ini. “Sah marketing, senang kita kena tipu,” komen salah seorang pengguna TikTok.

Bagaimanapun, ada juga yang terhibur dengan konten tersebut. Mereka mengakui bahawa ini adalah cara yang bijak untuk menarik perhatian ramai. Sebelumnya, video rangkuman 2024 milik Amira juga turut menimbulkan spekulasi apabila kelihatan seorang lelaki yang didakwa adalah Fattah Amin.

Selain itu, Amira turut meninggalkan komen pada video milik Fattah yang berkongsi mengenai ciri-ciri wanita pilihan, seolah-olah memberi petunjuk bahawa ada hubungan antara mereka.

Namun, setelah meneliti kesemua bukti ini, sebahagian besar netizen akhirnya menyedari bahawa kemesraan mereka hanyalah satu taktik pemasaran yang menguntungkan kedua-dua pihak.

Video :

@amiraothmanofficial

Tak habis habis ek orang tanya bila nak kahwin? Bila nak kahwin? Bila nak kahwin?? Awak ni siapa pulak tetiba tanya sy bila nak kahwin?🤬😒

♬ original sound – Amira Othman – Amira Othman


Similar Posts