· ·

Jofliam Mengaku Bakal Nikahi Dewi Dalam Masa Terdekat – ‘Cik Epal Mengamuk Bila Saya Tak Nak Rujuk’


Sumber : IG | @Jolfiam

Pempengaruh media sosial dan cef terkenal, Jofliam, membuat pengakuan bahawa dia bakal mendirikan rumah tangga dengan pekerjanya, Emira Delyati Dewi, dalam masa terdekat.

Menurut Jofliam, hubungan cintanya dengan Dewi bermula selepas perpisahan dengan bekas isterinya, Cik Epal, tahun lalu. Dia juga menegaskan bahawa tiada istilah curang kerana semua yang berlaku adalah selepas penceraian.

Menerusi hantaran di Instagram, Jofliam menjelaskan:

“Saya memang sedang bercinta dan sedang bahagia. Ya, juga saya akan bernikah dalam masa terdekat. Jadi ada piza percuma untuk semua.”

Beliau turut menafikan dakwaan bahawa Dewi pernah tinggal bersamanya dan menjelaskan bahawa kunjungan Dewi ke rumahnya adalah atas urusan kerja semata-mata.

 IG | @Jolfiam

“Dewi selalu datang ke rumah tetapi tidak pernah tidur atau tinggal di sana. Datang pun hanya untuk menyelesaikan kerja.”

Selain itu, Jofliam berkongsi tangkap layar perbualan WhatsApp dengan bekas isterinya bagi menunjukkan hubungan baik antara Dewi dan Cik Epal sebelum ini.

Namun, Jofliam mempersoalkan tindakan bekas isterinya yang dikatakan mula “menggila” apabila mengetahui dirinya enggan rujuk kembali:

“Kenapa waktu makan bersama Dewi semuanya baik? Tapi bila saya tak nak rujuk, semuanya jadi isu?”

Untuk rekod, Jofliam dan Cik Epal mendirikan rumah tangga pada tahun 2014 dan bercerai pada 9 Oktober 2023. Mereka dikurniakan dua cahaya mata, Han dan Yuki.