| | | |

Video Fazura Suap Fatima Makan, Netizen Puji Cara ‘Cool’ Dia Hadapi Hidup


Sumber :  TT | @fazura.officialstore

Di TikTok, satu video yang memaparkan momen comel antara pelakon popular, Nur Fazura, dan anaknya, Fatima Aisya, telah mencuri perhatian ramai. Dalam video yang dimuat naik oleh akaun @FazuraOfficialStore, Fazura dilihat menyuap makanan kepada Fatima dengan penuh kasih sayang.

Apa yang menarik, Fatima kemudian menunjukkan isyarat sedap dengan tangannya, sebelum menyuap makanan itu kembali ke mulut ibunya. Aksi itu bukan sahaja menghiburkan tetapi juga menyerlahkan hubungan rapat mereka sebagai ibu dan anak.

Netizen tidak mengambil masa lama untuk memuji Fazura. Ramai yang kagum dengan bagaimana dia berjaya mengimbangi karier sebagai pelakon terkenal dan masa bersama anaknya. Lebih menarik lagi, warganet turut meluahkan rasa hormat terhadap sikap positif Fazura yang kekal tenang dan ‘cool’ meskipun berdepan pelbagai cabaran hidup.Sebagai info, Fazura berkahwin dengan Fattah Amin pada 27 November 2017, dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya. Namun, rumah tangga pasangan itu berakhir selepas tujuh tahun bersama, apabila mereka sah bercerai dengan talak satu pada 7 Oktober.

@fazura.officialstore

sweet sangat dua beranak ni semoga yang baik2 buat Fazura dan Fatima 🥰😘 #fazura #tudungfazura #fatzura

♬ original sound – Dyssaaa – Dyssaaa

Similar Posts