| | | |

“Along Cham Kini Sah Bujang? #BujangKembali Cetus Teka-Teki!”

Sumber :  IG : @alongcham

Perkongsian di Instagram Story pelawak Along Cham mencetuskan tanda tanya apabila dia memuat naik hantaran berkaitan urusan di Mahkamah Syariah.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian netizen adalah penggunaan hashtag #BujangKembali, seolah-olah memberi bayangan bahawa dia kini sah bercerai dengan isterinya, Afreena Suhaimi.

‘Along Dah Sah Bujang?’ Netizen Mula Berspekulasi

📌 Tanpa menjelaskan secara terperinci, Along atau nama sebenarnya Muhammad Nizamuddin Ahmad, 42, hanya berkongsi bahawa urusannya di Mahkamah Syariah telah selesai.

Namun, usaha pihak media untuk mendapatkan komen lanjut tidak berjaya, apabila panggilan kepada pelawak tersebut tidak dijawab.

Sebelum ini, isterinya, Afreena Suhaimi, 33, memuat naik satu luahan hati di Instagram, mengakui banyak kekurangan dalam dirinya dan ingin memulakan kehidupan baharu dengan lebih tenang.

💬 “Terima kasih suami… saya tidak sempurna, saya banyak kekurangan.”

Susulan itu, Along sebelum ini pernah memaklumkan bahawa dia akan memfailkan pengesahan lafaz cerai taklik di Mahkamah Syariah Sepang dalam masa terdekat.

Sejarah Perkahwinan Along Cham

Along dan Afreena berkahwin pada 4 April 2024, namun rumah tangga mereka mula menjadi perhatian selepas pelbagai kontroversi melanda pasangan ini.

Sebelum ini, Along pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas peserta Akademi Fantasia, Zila Seeron, pada Januari 2010 sebelum bercerai pada Ogos 2016.

💙 Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Ahmad Daniel, 14 tahun.

Similar Posts