Jojo Ghazali Akui Sudah Lama Bercinta, Peminat Patah Hati? – ‘Saya Tak Boleh Buat Apa’
Sumber : TT : @remaja.my
Semakin terbuka berkongsi tentang kehidupan peribadi, jaguh Muay Thai negara, Jojo Ghazali, akhirnya mendedahkan status sebenar hubungan cintanya yang menjadi teka-teki ramai peminat.
Selepas sekian lama menyimpan rahsia, Jojo akhirnya mengaku bahawa dia sudah lama menjalin hubungan dengan gadis bernama Queenna Khan.
“Saya dan Queenna sudah lama bercinta, cuma sekarang baru saya terbuka untuk ‘reveal’ dia.”
Pendedahan ini membuatkan ramai peminat – terutama golongan wanita – mula patah hati. Ada yang menyokong, ada juga yang terkejut kerana menyangka Jojo masih solo.
Siapa Queenna Khan?
Walaupun Jojo tidak berkongsi maklumat lanjut tentang kekasihnya, ramai mula menyiasat siapakah wanita bertuah ini yang berjaya menawan hati jaguh Muay Thai negara.
Dalam temu bual yang sama, Jojo turut berkongsi rasa bangga terhadap adik lelakinya, Miki, yang kini sedang mengikuti jejak langkahnya dalam dunia Muay Thai.
“Saya harapkan yang terbaik untuk dia. Miki seorang peninju berbakat besar. Dia hanya perlu fokus, kejayaan pasti datang.”