Ameera Khan ‘Open-Minded’, Tak Kisah Babak Panas Jefri Nichol – “Saya Okay, Netizen Yang Tak Okay”
Sumber : TT | @_inc3s
Pempengaruh popular Ameera Khan sekali lagi menjadi perhatian selepas mengakui tidak kisah menonton babak panas kekasihnya, Jefri Nichol, dalam filem Jakarta vs Everybody.
Ameera, 25, berkata Jefri sendiri yang malu ketika mereka menonton filem itu bersama dan cuba menghalangnya daripada melihat adegan intim bersama heroin, Wulan Guritno.
“Saya menonton filem Jakarta vs Everybody dengan dia. Tapi bila sampai dekat babak panas, dia tak bagi tengok sebab malu. Saya cakap yang saya dah pernah tengok sebelum ini,” katanya.
Menurut Ameera, ramai menyangka dia tidak pernah menonton filem itu, tetapi dia sudah melihatnya lebih awal.
“Itu antara filem lakonan dia yang sedikit ‘explicit’. Tapi tak mengapa, sebab saya okay sahaja. Netizen yang tak okay,” tambahnya.
Percintaan mereka bukan lagi rahsia, tetapi hubungan itu mendapat reaksi bercampur daripada peminat kerana beberapa kenyataan kontroversi yang pernah dibuat oleh Jefri, termasuk pengakuannya meniduri lebih 20 wanita dan pernah makan daging babi.Namun, Ameera menegaskan bahawa keluarga termasuk kakak dan ibu bapanya merestui hubungan mereka.