“Geng 80-an Memang Auto Awet Muda” – Ramai Terkejut Tahu Usia Sebenar Cikgu Wanita Ini
Sumber : Facebook
Ramai yang tidak menyangka umur wanita tersebut sambil memuji wajahnya awet muda.
Seorang wanita mendapat perhatian ramai setelah mendedahkan umur sebenarnya
Menerusi video hantaran Empire Sushi di Facebook, seorang wanita yang kelihatan muda telah ditemu ramah dan pendedahan umurnya telah mengejutkan netizen.
Wanita tersebut yang juga seorang guru pada mulanya disoal beberapa soalan sehinggalah dia mendedahkan bahawa dia sudah berkahwin dan sudah pun mempunyai anak.
Ketika ditanya tentang umur, penemuramah tersebut terkejut apabila guru berkenaan mendedahkan umurnya.
Netizen turut terkejut apabila cikgu tersebut mendedahkan umurnya ketika ditemu ramah
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memberi reaksi terkejut dan tidak percaya dengan umur guru terbabit.
Ada yang menyangka wanita tersebut berada dalam lingkungan umur 20-an sambil memuji wajahnya awet muda.