| | | |

Ruhainies Respon Dakwaan Bercinta Dengan Aliff Aziz, Netizen Makin Keliru!

Sumber :  IG | @Ruhainies

Pelakon Ruhainies dan penyanyi Aliff Aziz kembali menjadi perbualan hangat selepas aksi berbalas emoji ‘love’ di Instagram mencetuskan spekulasi dalam kalangan peminat.

Ruhainies & Aliff Berbalas Emoji Cinta?

Sumber :  IG | @Ruhainies

Terbaharu, Ruhainies berkongsi foto bergaya elegan dalam kereta mewah sambil mengenakan busana merah jambu di Instagram.

Namun, apa yang mencuri perhatian netizen adalah komen Aliff Aziz yang meninggalkan emoji love di ruangan komen! Lebih menghangatkan keadaan, Ruhainies turut membalas dengan tiga emoji hati.

“Kalau tiada apa-apa, kenapa nak balas dengan emoji cinta?” – kata netizen yang tertanya-tanya mengenai status sebenar hubungan mereka.

Namun, Ruhainies menafikan dakwaan bercinta dengan Aliff. Menurutnya, mereka hanya kawan baik yang sering berbincang dan memberi nasihat antara satu sama lain.

“Kami berkawan baik dan selalu berbincang serta memberi nasihat. Itu sahaja.” – Ruhainies

Tetapi benarkah hanya sekadar kawan?

Masih Terpalit Kontroversi Khalwat?

Untuk rekod, nama mereka sudah lama dikaitkan bersama selepas kontroversi ditangkap khalwat di sebuah kondominium mewah pada Mac 2024.

Meskipun mereka mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan, kes ini masih dalam perbicaraan hingga ke hari ini.

Kini, selepas beberapa bulan diam tanpa berita, tiba-tiba mereka berbalas emoji mesra di media sosial.

Adakah ini sekadar gurauan atau petanda hubungan mereka kini lebih serius?

Ruhainies mungkin menafikan, tetapi netizen tidak mudah percaya!

Similar Posts