Jefri Nichol ‘Post’ Video Pegang Botol Minuman Keras? Netizen Malaysia mula tak senang duduk!
Sumber : The Vocket
Pelakon terkenal Indonesia, Jefri Nichol kembali menjadi perhatian selepas memuat naik satu video boomerang di Instagram Story yang menunjukkan dirinya memegang botol dipercayai minuman beralkohol.
Minuman Keras?
Dalam hantaran tersebut, Jefri dilihat bersama beberapa rakannya, mengangkat botol itu ke atas. Lebih menarik perhatian, dia turut ‘mention’ akaun Instagram jenama minuman keras itu, sekali gus mencetuskan tanda tanya di kalangan warganet.
Bintang berusia 26 tahun ini mengenakan jaket coklat, kelihatan santai seperti biasa. Namun, perkongsian ini segera mencuri perhatian kerana sebelum ini, Jefri pernah mengakui dirinya seorang Muslim ketika menjelaskan isu makan daging khinzir demi menambah berat badan.
Jefri Nichol & Ameera Khan: Hubungan Masih Misteri?
Selain isu ini, nama Jefri semakin hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini kerana dikatakan mempunyai hubungan istimewa dengan Ameera Khan. Walaupun kedua-duanya tidak pernah mengesahkan perkara tersebut, keakraban mereka di media sosial terus menjadi bahan bualan peminat.
Sama ada video ini hanya konten biasa atau ada maksud tersirat, netizen sudah mula berbincang!