Ammar Nazhan Edar Makanan Percuma, Netizen Dakwa Cuba ‘Cover’ Kes Kontroversi?
Sumber : OhMyMedia
Selepas polis Indonesia mengesahkan bahawa kehilangan Eyka hanyalah satu lakonan, nama Ammar Nazhan terus menjadi perhatian ramai. Namun, di saat dirinya masih dihujani kecaman, Ammar dilihat tenang mengedarkan makanan percuma kepada rakyat Indonesia selepas solat Jumaat hari ini.
Buat Kebajikan atau Nak Alih Perhatian?
Dalam video yang dikongsikan, Ammar dan pasukannya dilihat membantu mengagihkan makanan kepada penduduk setempat.
🗣️ “Kita baru selesai solat Jumaat dengan team saya, jadi kami nak buat sedikit beri makanan kepada penduduk di sekitar kawasan ini.”
Namun, niat baik ini tetap mengundang pelbagai reaksi netizen.
Netizen Tuduh Ammar Nak ‘Cuci Nama’
Di ruangan komen, ramai yang mendakwa tindakan ini hanyalah usaha Ammar untuk menutup kes kontroversinya.
💬 “Taktik biasa! Dah buat salah, lepas tu buat kebajikan supaya orang lupa.”
💬 “Taktik damage control ke ni?”
Namun, masih ada netizen yang menyokong Ammar dan mendoakan agar dia terus kuat menghadapi kecaman.
💬 “Biarlah dia buat baik, kita doa dia berubah.”
Kontroversi Masih Belum Reda
Sebelum ini, Ammar dan pasukannya dikritik hebat selepas didapati berlakon dalam kes ‘kehilangan’ Eyka di hutan Bandung.
Malah, Caprice sendiri membongkar bahawa insiden tersebut adalah rekaan semata-mata, selepas mendapat maklumat daripada sebuah agensi bakat.
Walaupun Ammar menafikan tuduhan itu dan meminta orang ramai berhenti menyebarkan spekulasi, akhirnya polis Indonesia mengesahkan bahawa mereka berdua memang berlakon untuk mencipta konten viral.
Ammar dan rakan baiknya, Aras, telah tampil memohon maaf secara terbuka, berjanji tidak akan mengulangi kesilapan mereka.
Namun, dengan usaha terbaru Ammar menghulurkan bantuan kepada rakyat Indonesia, netizen kini berbelah bagi—ikhlas atau sekadar ‘cover line’?