| | | |

Cik Epal ‘Move On’ dengan MV Cukup Sampai Sini – Netizen Tak Kisah Vokal, Utamakan Penghayatan!

Sumber :  Youtube

Nama Cik Epal atau Murni Mahmud kembali menjadi perhatian selepas melancarkan muzik video (MV) berjudul Cukup Sampai Sini di YouTube. Lagu ciptaan Aepul Roza itu kini telah mencecah 149,000 tontonan, dan rata-rata netizen percaya lirik lagu ini berkisarkan kisah hidupnya sendiri.

Lagu Luahan Hati? Netizen Mula Berspekulasi

Selepas isu penceraian dengan bekas suami, JoFliam, serta beberapa kontroversi lain, Cik Epal sekali lagi menjadi perbualan ramai. Lagu berunsur emosi ini membuatkan netizen berpendapat bahawa ia adalah luahan hati mengenai apa yang pernah dilaluinya.

💬 “Lagu CE sedap didengar. Based on her love life. Sebab ni luahan hati dia. Jalan terus CE, moga jumpa cinta baru yang lebih menghargai!” – @sharienawazir6042

Vokal Bukan Isu, Netizen Utamakan Penghayatan!

Walaupun ramai yang mengakui Cik Epal bukan penyanyi profesional, mereka tetap menyokong kerana emosi dan penghayatan dalam lagu ini benar-benar dirasai.

💬 “Pesan awal, korang takyah expect level TokTi. Dia bukan penyanyi tapi yang penting dia sampaikan apa yang dia rasa! Jalan terus CE!” – @lyanazuhar91

💬 “Okaylah for the beginner. Dia buat lagu ni sekadar nak luahkan perasaan. Keep strong CE!” – @Abcdefghij_1101

Dah Dengar Lagu Cik Epal? Netizen Diajak Beri Pandangan!

Dengan sokongan netizen yang semakin kuat, muzik video Cukup Sampai Sini terus menjadi perbualan hangat. Persoalannya, adakah ini tanda permulaan karier muzik Cik Epal atau sekadar luahan perasaan sekali sahaja?

Korang dah dengar ke belum lagu ni? MV sudah ada di YouTube, jom komen pendapat korang!

Similar Posts