Wanita Dari China Puji Kesedapan Burger Ramly, Dakwa Tak Cukup Beli Satu Sahaja
Sumber : TT | @jingyutie74
Jenama burger Ramly boleh dikira sebagai khazanah negara kerana sering menjadi kebanggaan rakyat tempatan di samping berjaya menembusi pasaran dunia. Burger jalanan ini juga menjadi tarikan utama pelancong asing yang ingin mencuba sesuatu yang unik di Malaysia.
Pengalaman Pertama Mencuba Burger Ramly
Baru-baru ini, seorang wanita dari China yang berkunjung ke Malaysia memutuskan untuk mencuba sendiri burger jalanan yang sering diperkatakan. Dia memesan burger ayam Ramly double special yang disaluti telur, lengkap dengan kentang goreng sebagai pelengkap hidangan.
Selepas beberapa gigitan, dia dengan jelas menyatakan bahawa burger Ramly sungguh sedap. Raut wajahnya menunjukkan kepuasan, terutamanya apabila menikmati gabungan beberapa sos yang memberikan rasa lebih enak dan menyelerakan.
Dia juga kelihatan teruja melihat cara penyediaan burger tersebut, mungkin kerana di Malaysia dan sekitar Asia Tenggara sahaja daging patty disalut dengan telur dan dikenali sebagai burger “special”.
Pesan Lagi Kerana Tidak Cukup Satu
Apa yang lebih mengejutkan, wanita ini akhirnya membuat pesanan tambahan satu lagi burger double special cheese, mendakwa bahawa satu tidak mencukupi untuk menikmati keenakan burger ini.
Dia turut menyatakan bahawa burger Ramly lebih enak berbanding burger dari rangkaian makanan segera terkenal seperti KFC dan McDonald’s. Dia juga tidak kisah perlu menaiki MRT selama sejam, asalkan dapat menikmati burger ikonik Malaysia ini.
Burger Jalanan Malaysia Buat Netizen Bangga
Selain menikmati rasa burger Ramly, dia juga menganggap hidangan ini sebagai satu kombinasi makanan lengkap kerana mengandungi karbohidrat dan protein yang mencukupi.
Video reaksinya ketika mencuba burger Ramly buat kali pertama segera tular dan menarik perhatian ramai netizen Malaysia. Rata-rata mereka berbangga kerana burger tempatan ini berjaya menambat hati pelancong luar.