| | | |

Konsert Pinkfish: 3 Pengunjung Maut Akibat Dadah perangsang, Polis Dedah Punca Sebenar!

Sumber :  Berita Harian

Punca kematian tiga pengunjung Konsert Pinkfish Countdown 2024 akhirnya terjawab! Laporan patologi mengesahkan bahawa ketiga-tiga mangsa meninggal dunia akibat pengambilan dadah jenis perangsang.

Polis Sahkan Dadah Punca Kematian

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, memaklumkan bahawa keputusan bedah siasat menunjukkan punca kematian mangsa adalah akibat stimulant drugs intoxication atau keracunan dadah perangsang.

Namun, seorang lagi mangsa yang turut maut masih dalam proses siasatan kerana pihak hospital belum mengeluarkan laporan patologi penuh.

“Setakat ini, seramai 53 orang saksi sudah dirakam percakapan berhubung kes ini. Masih ada mangsa yang dirawat di hospital dalam keadaan stabil tetapi memerlukan pemantauan rapi,” katanya dalam kenyataan rasmi hari ini.

Menurut Hussein, siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes ini akan dirujuk ke pihak koroner selepas siasatan selesai.

Konsert Bertukar Tragedi?

Sebelum ini, media melaporkan bahawa polis sedang menyiasat kematian empat individu yang dipercayai berlaku selepas mereka menghadiri konsert ambang tahun baharu di Bandar Sunway.

Empat laporan polis telah dibuat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) berkaitan kematian dua lelaki dan dua wanita yang dipercayai terlibat dalam insiden tersebut.

Hussein sebelum ini memaklumkan bahawa bedah siasat sudah dijalankan dan pihak berkuasa masih menunggu keputusan ujian makmal untuk kesemua mangsa.

Pemeriksaan awal ke atas mayat tidak menemui sebarang kecederaan luaran, dan buat masa ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR). Namun, polis masih meneruskan siasatan untuk mengenal pasti jika terdapat unsur jenayah atau keracunan lain yang menyumbang kepada kematian tersebut.

Similar Posts